Syarikat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) telah bersetuju untuk menawarkan diskaun harga tiket penerbangan domestik sebanyak 20 peratus kepada guru, pensyarah dan pelajar.<br /><br />Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata, promosi diskaun 20 peratus tersebut adalah untuk meringankan beban pihak tenaga pengajar serta pelajar untuk pulang ke institusi pendidikan masing-masing tidak lama lagi.
